fbpx
Sebuah bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar di Presint 19 di Putrajaya hari ini.

Bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebuah bot persiaran di Tasik Putrajaya dilaporkan terbakar di Pusat Penyelenggaraan Bot, Presint 19 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM Putrajaya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 serta BBP Presint 7 digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 5.27 petang dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bot cruise Tasik Putrajaya yang berada di atas darat di pusat penyelenggaraan bot. Seramai 16 anggota bomba bersama tiga jentera iaitu LFRT, FRT dan EMRS terlibat dalam operasi pemadaman,” katanya tadi.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hos dengan air tangki jentera serta satu aliran buih (foam) bagi mengawal kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN