fbpx
Seorang maut apabila sebuah kenderaan terbabas ke dalam gaung sedalam empat meter.

Warga Yemen maut, kereta masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 27.4, Lebuh Raya Kuala Lumpur menghala ke Karak di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.47 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

Nahas melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam empat meter. Empat mangsa lelaki terdiri daripada tiga warga Yemen dan seorang warga Iraq dikeluarkan oleh anggota penyelamat.

“Tiga mangsa mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI