PASIR PUTEH – Seorang peniaga di Kampung Padang Pak Amat di sini tampil dengan idea kreatif apabila memperkenalkan roti john yang dijualnya dengan panggilan roti Jusoh dalam usaha menarik perhatian pelanggan. Ahmad Adam Fikri Ridzuan, 32, yang merupakan pemilik Planet Lapar Cafe berkata, dia menukar nama itu bagi menampilkan identiti tempatan selain menggunakan inti daging lembu carik premium yang dimasak secara perlahan. Menurutnya, kesemua 80 bungkus roti Jusoh yang dihasilkan setiap hari sepanjang hampir dua minggu Ramadan habis dalam tempoh……














