IKAN jenahak sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pemancing. Isinya yang putih, pejal dan manis menjadikan ikan ini sentiasa mendapat permintaan tinggi bagi penggemarnya. Bagi pemancing pula, jenahak menawarkan satu bentuk kepuasan yang sukar digambarkan. Tarikan awalnya halus, tetapi apabila mata kail sudah tertancap kemas, pertarungan sebenar pun bermula. Inilah yang membuatkan ramai kaki pancing sanggup berjaga malam, meredah laut bergelora demi spesies berkenaan. Ikan ini berada dalam kumpulan ikan pemangsa dasar (demersal) yang gemar mendiami kawasan berstruktur seperti batu……














