BAGI mengisi waktu sepanjang cuti persekolahan, saya mengambil peluang membawa keluarga bercuti di Tasik Kenyir, Terengganu. Walaupun mengambil masa selama sembilan jam memandu dari Johor Bahru ke Kuala Berang, saya tidak berasa bosan kerana minda sentiasa memikirkan pengalaman yang bakal diraih. Tujuan trip ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak saya iaitu Fahim yang baru sahaja habis menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini juga merupakan hadiah kepadanya bagi merasai kelainan memancing di tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara……














