fbpx
Bomba ketika membawa keluar mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri di beranda tingkat atas sebelum disahkan meninggal dunia. Foto JBPM SELANGOR

Lelaki maut rumah terbakar di Kota Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat yang didiaminya di Jalan Kenyalang 11/6B Kota Damansara, pagi tadi.

Mangsa, Nik Muzaidi bin Nik Abdullah, 54, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di beranda tingkat atas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.09 pagi.

Menurut beliau, seramai 17 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sungai Buloh dan BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kebakaran, terdapat sebuah rumah semi D dua tingkat berkeluasan 4,800 kaki persegi musnah 40 peratus.

“Mangsa yang berada di beranda tingkat atas berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN