fbpx
Gambar hiasan.

Konflik Asia Barat: Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah, ziarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menasihatkan warga Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke negara-negara terjejas susulan peningkatan ketegangan di rantau Asia Barat.

Wisma Putra berkata, nasihat itu turut terpakai kepada rakyat Malaysia yang berhasrat untuk mengerjakan umrah atau ziarah sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, Wisma Putra memohon kerjasama dan kefahaman semua pihak, termasuk agensi pelancongan berhubung perkara itu.

“Pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara berkaitan serta syarikat penerbangan bagi mengatur usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara.

“Usaha evakuasi ini juga meliputi rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air, berdasarkan pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar.

“Rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi

Menurut Wisma Putra, Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular.

“Rakyat Malaysia di negara-negara terjejas digesa supaya sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi, mengelakkan kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam.

“Patuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian akan memastikan usaha evakuasi ini dilaksanakan dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan demi menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI