PERAIRANNYA yang dipenuhi profil dasar yang berkawah dan beralun dengan tompokan karang rendah menjadikan laut Pontian di Johor lubuk yang didiami oleh ikan kerapu bersaiz besar. Di sinilah kerapu ‘boron’ membina reputasinya sebagai ikan yang tidak boleh dipaksa, hanya boleh dipujuk. Namun apabila ia membaham umpan, tiada jalan lain, hanya dengan kekerasan sebagai jalan untuk menghelanya naik. Pelawaan Firdaus Shahrudin atau Daus YFT untuk turut serta ke Pontian beberapa minggu lalu membuatkan saya terus bersetuju tanpa syarat. Mana tidaknya, sudah……














