fbpx
Fahmi (kiri) bercakap pada sidang akhbar mingguan di Menara Komunikasi hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO /KOSMO!

RUU hadkan tempoh jawatan PM dibentang semula Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Jun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketetapan membawa RUU itu pada sidang seterusnya diputuskan selepas Jemaah Menteri membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

“Jemaah menteri telah membuat keputusan bahawa perkara tersebut akan dibawa semula dalam sidang mesyuarat yang berikutnya sekitar bulan Jun.

“Kita berharap dan akan berusaha untuk memastikan Ahli Parlimen kerajaan memberi sokongan penuh untuk hadir dan mengundi meluluskan pindaan Perlembagaan yang sangat penting ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isnin lalu, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU
Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut diberikan taklimat oleh Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai status lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak mengundi RUU itu.

Katanya, jemaah menteri juga telah diberikan sedikit maklumat tentang salah faham yang mungkin berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang.

“Jadi, kami telah maklumkan kepada Jemaah Menteri dan tidak tahu bagaimana pembangkang boleh salah faham.

“Seharusnya semua Ahli Parlimen memahami isu ini untuk memastikan tidak lagi berlaku keadaan di mana Perdana Menteri berasa bahawa beliau boleh melakukan apa sahaja kerana berkuasa sampai bila-bila.

“Jadi, saya harap pihak kerajaan dan pembangkang dapat memastikan pindaan Perlembagaan ini tidak bersifat partisan yang hanya menguntungkan demokrasi negara apabila diluluskan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI