fbpx
SEORANG warga emas berumur 62 tahun ditemukan meninggal dunia seorang diri Taman Golden Dragon di Kampar hari ini pada pukul 3.22 petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Rakyat Amerika meninggal dunia dalam timbunan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang warga emas perempuan berumur 61 tahun ditemukan meninggal dunia seorang diri di Taman Golden Dragon di Kampar pada pukul 3.22 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan terdapat pintu terkunci dan ada mangsa di dalam rumah jenis dua tingkat.

“Setibanya jentera di lokasi didapati polis dan petugas kesihatan telah berada di lokasi kejadian dan mendapati pintu masuk depan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan berupa barangan lama dan sampah.

“Petugas kesihatan turut memaklumkan seorang mangsa perempuan kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun berada di dalam rumah telah disahkan meninggal dunia,” katanya di Kampar hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan pada polis untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN