fbpx
Penyelia asrama sebuah sekolah direman lima hari selepas menerima perintah tersebut di Mahkamah Khas Traffik Seremban di sini. Foto hsan SPRM

Penyelia asrama direman 5 hari disyaki rasuah RM78,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan reman seorang penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM78,000 sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan asrama ditempat dia bekerja.

Perintah reman selama lima hari sehingga Ahad terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Khas Traffik Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 4.40 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pemilik syarikat kontraktor baik pulih.

“Nilai keseluruhan kerja penyelenggaraan yang dilakukan di tempat suspek tersebut bekerja dianggarkan bernilai kira-kira RM114,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN