KUALA LUMPUR – AFZ Global, pengendali spa kecantikan di bawah nama Estelle Beauty mahu terus mengukuhkan jenamanya dan mengembangkan perniagaan dalam industri tersebut melalui pelbagai pelan perancangan termasuk promosi dalam industri penjagaan diri.
Pengasasnya, Anis Fasihah Zamri, 33, berkata, selepas hampir tujuh tahun beroperasi, jenama itu telah memiliki tiga cawangan di sekitar Lembah Klang dengan memiliki sejumlah pelanggan setia daripada pelbagai latar belakang.
Menurut beliau, sehingga kini, permintaan daripada pelanggan tanpa mengira jantina dan usia terhadap perkhidmatan di spa kecantikan Estelle Beauty terus meningkat dari tahun ke tahun.
“Di Estelle Beauty, kami menawarkan lebih kurang 20 jenis rawatan kecantikan bermula daripada hujung rambut hingga ke kaki pada harga berpatutan.
“Menariknya, persekitaran pusat rawatan kami cukup selesa dan tenang seperti spa lima bintang. Kami juga mempunyai kakitangan yang bertauliah dan berkemahiran tinggi

“Perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan adalah body scrub dan urutan badan yang ditawarkan pada harga di bawah RM100,” katanya ketika ditemu bual di cawangannya di Estelle Beauty Arte Mont Kiara di sini baru-baru ini.
Anis Fasihah menerangkan, kesetiaan dan sokongan daripada pihak pelanggan telah mengukuhkan syarikat untuk bersaing dengan pusat spa lain kerana ia memiliki keunikan serta kelebihannya tersendiri.
“Persaingan memang banyak tetapi jenama kami kekal relevan. Saya sebagai pengasas juga sentiasa turun ‘padang’ dan menambah baik servis ditawarkan dari semasa ke semasa.
“Kami juga aktif melakukan promosi dan mencari pelanggan baharu menerusi pelbagai platform terutamanya media sosial,” katanya. -KOSMO! ONLINE














