fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Irfan Khairi di laman TikTok.

[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan, Irfan Khairi menafikan dakwaan bahawa Iran melancarkan serangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebaliknya menjelaskan sasaran sebenar adalah markas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berada di negara itu.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok, dia memaklumkan sejak 24 jam lalu, kedengaran banyak letupan di ruang udara Dubai susulan ratusan dron dan peluru berpandu yang berterbangan.

“Memang banyak beratus dron dan juga peluru berpandu berterbangan di langit Dubai. Kebanyakannya dipintas oleh tentera UAE,” katanya.

Menurutnya, terdapat salah faham dalam kalangan netizen yang menyangka Iran menyerang UAE secara langsung.

“Sebenarnya bukan. Itu salah faham. Iran menyerang markas tentera AS yang berada di UAE. Ada beberapa di sini,” jelasnya.

Tambahnya, letupan dan kerosakan harta benda yang tular di media sosial kebanyakannya bukan berpunca daripada serangan roket secara langsung, sebaliknya daripada serpihan peluru berpandu yang berjaya dipintas sistem pertahanan udara.

“Yang anda nampak dekat berita atau TikTok, kebanyakannya bukan dari pelancaran roket secara terus, tapi dari serpihan misil yang dipintas oleh tentera yang jatuh ke bumi itu yang mengakibatkan kerosakan dan juga letupan,” ujarnya.

Untuk rekod, Irfan mula menetap di Dubai sejak 2016 bagi mengembangkan perniagaannya ke negara-negara Islam di seluruh dunia. Di sana, dia menubuhkan IK Institute of Business serta Expert Ignite, sebuah agensi media sosial, sambil masih mengekalkan aktiviti perniagaannya di Malaysia.

Terdahulu, ketegangan di Asia Barat kembali memuncak susulan tindakan Iran melancarkan serangan balas terhadap kepentingan tentera AS di rantau berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti antarabangsa.- KOSMO! ONLINE

@irfan.khairiDoa-doakan ianya berakhir 🤲🤲🤲 boleh saya bawak anda live jalan2 kat Dubai balik 🥰😂

♬ original sound – Irfan Khairi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI