fbpx
Mohamad ketika hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, hari ini. Gambar oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

SPRM ambil keterangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGETOWN – Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini, pagi tadi dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tiba di pekarangan bangunan SPRM dengan dibawa menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 berwarna putih, kira-kira pukul 9.48 pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung itu dilihat mengenakan kemeja lengan panjang berwarna putih dipadankan dengan seluar gelap. Kelihatan juga seorang pegawai khas turut memasuki ke lokasi sama.

Februari lalu, Mohamad dilaporkan berkata, sebarang keputusan berkaitan pembelian tanah menggunakan dana zakat di Pulau Pinang bukan dibuat secara individu, sebaliknya melalui perbincangan dan persetujuan bersama Jawatankuasa MAINPP.

Menurutnya, siasatan yang sedang berlangsung tidak terarah terhadapnya semata-mata, namun turut melibatkan institusi MAINPP.

Sebelum ini, media melaporkan beliau terpalit akan kontroversi membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung pembelian tanah menggunakan dana zakat di Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang turut mendesak beliau meletakkan jawatan serta-merta susulan dakwaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI