SEBERANG PERAI – Lebih 400 hidangan nasi talam menjadi juadah istimewa kepada pengunjung Karnival Mahabbah sempena program Iftar On The Road Bersama Utara Bikers di Bertam di sini.
Kira-kira 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai program berkenaan yang bertujuan merapatkan ukhuwah dan silaturahim, selain turut disertai kumpulan Rider Subuh bersama pengunjung karnival.
Penganjur karnival, Zaini Aboo Hassan berkata, beliau bersyukur kerana program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Selain berbuka puasa bersama, peserta turut menunaikan solat tarawih secara berjemaah sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
“Kita susun pelbagai aktiviti dan program sempena Ramadan khusus buat orang ramai dan dijangka lebih ramai pengunjung akan menyertai program sebegini pada masa akan datang memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Habis//














