fbpx
GAKPO (kanan) antara yang beraksi cemerlang dengan meledak satu gol dalam kemenangan ke atas West Ham malam kelmarin. - AFP

Liverpool bergelut dapat ‘gol padang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Kemenangan 5-2 ke atas West Ham United di Anfield malam kelmarin memastikan terus menghidupkan peluang Liverpool untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat teratas.

Satu gol daripada Hugo Ekitike, Virgil van Dijk, Alexis Mac Allister, Cody Gakpo selain jaringan sendiri Axel Disasi membolehkan The Reds terus memberi tekanan kepada Chelsea dan Manchester United.

Begitupun, ia belum cukup memuaskan hati pengurus, Arne Slot yang menyifatkan mereka gagal menampilkan aksi terbaik dan terpaksa mengharapkan tiga gol dalam situasi bola mati.

Beliau berkata, Liverpool dapat menarik nafas lega apabila memanfaatkan sepenuhnya situasi bola mati kerana mungkin berdepan kesukaran jika mengharapkan jaringan padang.

“Apa yang paling penting kami berjaya menjaringkan tiga gol menerusi set pieces. Gol keempat juga daripada Gakpo juga adalah hasil daripada situasi bola mati sebelum itu.

“Ia boleh menjadi perbezaan cukup besar kerana saya tidak fikir aksi kami sangat baik ketika mendahului 3-0. Bagi saya, ia tidak mencerminkan situasi sebenar perlawanan,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, Liverpool kembali mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selain berdepan cabaran beberapa pasukan lain seperti Chelsea, United dan Aston Villa.

Kemampuan The Reds memanfaatkan situasi bola mati mampu menjadi senjata baharu buat mereka mengharungi baki 10 aksi liga sebelum melabuhkan tirainya.

Slot turut menjelaskan, Florian Wirtz mungkin terpaksa diketepikan untuk beberapa perlawanan lagi memandangkan ia masih belum pulih daripada kecederaan dialami sebelum ini.

“Saya tidak fikir dia boleh kembali bermain Selasa ini (awal pagi Rabu). Dia tidak akan diketepikan untuk tempoh yang lama tetapi untuk aksi Selasa nanti, saya fikir ia terlalu awal,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN