fbpx
SUV Toyota Fortuner terlibat dalam nahas jalan raya sebelum pemandunya cuba melarikan diri. - Istimewa

Ambulans kejar SUV langgar lari motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dikejar sebuah ambulans ketika pemandunya cuba melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Bogor, wilayah Jawa Barat, Khamis minggu lalu.

Dalam satu video tular di media sosial, SUV Toyota Fortuner itu dikejar sebuah ambulans yang membunyikan siren.

Turut kelihatan adalah bahagian pintu Fortuner tersebut yang sudah kemik.

Pemandu SUV itu akhirnya memberhentikan kenderaannya setelah ia berjaya dihadang oleh ambulans.

Menurut laporan, pemandu SUV itu akhirnya kembali ke lokasi nahas dan menyelesaikan pertikaian itu dengan mangsa yang merupakan seorang penunggang motosikal.

“Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan iaitu sebuah kereta dan motosikal. Fortuner rosak di sebelah kanan, manakala motosikal rosak di bahagian hadapan,” kata anggota Unit Kemalangan Lalu Lintas di Unit Trafik Mekarsari Cileungsi, Ajun Inspektor Jajak.

Kemalangan itu berlaku ketika Fortuner tersebut cuba membelok ke Jalan Baru Cileungsi dan pada masa sama, sebuah motosikal sedang menghampirinya dari arah yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN