fbpx
Antara warga asing yang ditahan di Sabak Bernam, Selangor.

Sembilan ditahan, tak sempat pergi rumah ‘Pak Haji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Perjalanan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) menuju ke Klang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza terbantut apabila mereka ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Besar Sabak Bernam-Klang di sini, hari ini.

Seramai enam lelaki dan tiga wanita warga Indonesia itu dipercayai masuk ke negara ini dengan menaiki bot pom-pom melalui laluan yang tidak diwartakan. Difahamkan, ketika kejadian mereka dibawa lelaki tempatan yang juga tekong darat ke sebuah rumah transit di Meru yang diuruskan ‘Pak Haji’.

Pergerakan mencurigakan MPV itu bagaimanapun dihidu sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada pukul 6.30 pagi. Semakan awal mendapati kesemua PATI itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka dipercayai perlu membayar RM1,500 hingga RM1,600 kepada tekong bot sebelum berlepas dan mendarat di Pantai Remis, Perak. Kesemua 10 tangkapan dan MPV tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan warga asing tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN