fbpx
Faris Danish (tiga dari kanan) ditemani bapanya, Zulfadli Mohd Yusoff (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan daripada BSMM.

Wira cilik selamatkan rakan lemas terima sijil penghargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang wira cilik yang menyelamatkan rakannya yang lemas pada bulan lalu menerima sijil penghargaan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) di sini, hari ini.

Keberanian Faris Danish Zulfadli, 12, menyelamatkan rakannya yang lemas mendapat perhatian apabila turut memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

Pengerusi BSSM Kebangsaan, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, keberanian Faris adalah sangat unik kerana faktor usianya.

“Kes ini adalah kali pertama saya dengar seorang kanak-kanak dapat menggunakan CPR untuk membantu menyelamatkan rakan sejak saya menjadi Pengerusi BSMM.

“Ini membuktikan pengetahuan CPR adalah sangat mustahak dan Faris telah memenuhi misi Bulan Sabit Merah untuk memberi bantuan,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, di sini hari ini.

Katanya, insiden itu membuktikan kurikulum BSMM di sekolah adalah sangat relevan dan boleh ditambah baik dengan mengambil kira keperluan setempat.

Dalam pada itu, Faris yang juga Ketua BSMM dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolahnya memberitahu, dia berasa bangga apabila diberi penghargaan tersebut oleh BSMM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN