fbpx
Seorang wanita tempatan ditahan di KLIA 1 selepas didapati cuba menyeludup empat ekor siamang, semalam. Foto PERHILITAN

Wanita gagal seludup 4 ekor siamang ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Cubaan seorang wanita tempatan menyeludup empat ekor siamang ke luar negara gagal apabila berjaya dipatahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini semalam.

Kegiatan itu berjaya dikesan ketika sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan bagasi milik individu berkenaan kira-kira pukul 10.50 malam.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, wanita berusia 38 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tiruchirapally, India.

“Suspek telah ditahan dan dibawa ke Pejabat Perhilitan KLIA untuk tindakan lanjut dan laporan telah dibuat di Balai Polis KLIA Terminal 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Kadir berkata, kesemua barangan kes itu yang dianggarkan bernilai RM120,000 telah disita dan dibawa ke Pejabat Perhilitan KLIA.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI