fbpx
Keadaan mangsa yang ditemui keadaan rentung di sebuah rumah di PPR Kampung Muhibbah, hari ini. IHSAN JBPM

PPR terbakar, kanak-kanak 4 tahun ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.59 petang, sebelum menggerakkan 13 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Sri Petaling ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Azizi Abdullah, setibanya pasukan di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 10 bangunan.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa dipercayai berada di lokasi, namun status sama ada beliau sempat menyelamatkan diri atau tidak masih belum dapat dipastikan.

“Kita dapati mangsa tinggal bersama ibunya, dan perkara ini sedang dalam siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN