fbpx
Chachahwan (tengah) bersama Shaharuddin (kanan) dan Nik Arisya Syamimi selepas dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Lelaki Thailand bebas tuduhan edar lebih 3.13 kg methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Thailand terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih 3.13 kg, lima tahun lalu.

Hakim Shamsul Bahrin Abdul Manaf membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chachahwan Ahmah, 40, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Shamsul Bahrin dalam alasan penghakimannya berkata, pihak pendakwaan melalui saksinya iaitu pegawai penyiasat gagal untuk menyiasat kewujudan individu bernama Sabri yang menyewa premis tersebut yang turut wujud kesan cap jari.

Menurutnya, puntung rokok yang dijumpai juga tidak berpadanan dengan tertuduh selain pihak pendakwaan gagal menyiasat pemilik sebuah kereta Honda dan motosikal yang diparkir di hadapan rumah tersebut.

“Keraguan dan percanggahan itu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Sehubungan itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” ujarnya.

Sebelum ini, Chachahwan didakwa atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 3,137.4 gram kira-kira di sebuah rumah di Kampung Gaung Beta Hilir di sini kira-kira pukul 5.20 pagi pada 7 Mei 2021 lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed dan Nik Arisya Syamimi Nik Rozhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI