fbpx
Sebahagian daripada sajian berbuka puasa gabungan lauk kampung, tradisional, barat,Cina dan India serta pelbagai masakan popular masyarakat Malaysia di hidangkan di Sunway Resort Hotel.

Jemput Makan di Sunway Resort Hotel buat tetamu rambang mata pilih menu iftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena bulan Ramadan, Sunway Resort Hotel menawarkan barisan bufet Ramadan dengan tema ringkas, Jemput Makan tetapi sungguh berbeza dengan hidangan menu premium, eksklusif dan menyelerakan buat para tetamunya berbuka puasa.

Bertempat di restoran utama hotel tersebut iaitu  Sunset Terrace,  para tetamu berasa rambang mata untuk membuat pilihan sama ada mahu memilih hidangan daripada pembuka selera dahulu atau terus menikmati sajian pemanis mulut.

Itu belum dihitung daripada stesen langsung yang terdapat di luar, termasuk Kampung Nelayan, stesen Ikan Bakar yang diinspirasikan daripada kampung nelayan di pesisir pantai.

Di sini, makanan laut segar dipamerkan di dalam sampan tradisional, membolehkan tetamu memilih hasil tangkapan mereka untuk dibakar secara langsung.

Tarikan lain termasuk Sichuan Roasted Whole Lamb yang dihidangkan bersama nasi ghee beraroma.

Menurut pihak hotel, tema Jemput Makan lebih daripada sekadar sajian perayaan, tetapi seterusnya adalah untuk memperdalamkan  makna kempen, mengajak tetamu merenung kembali asal-usul tradisi, nilai yang dipelajari dan di mana kebersamaan benar-benar bermula.

“Sepanjang bulan Ramadan, fokus kami beralih kepada usaha meraikan budaya dan hospitaliti Melayu, menjemput para tetamu untuk kembali merasai kehangatan, kemurahan hati dan semangat kebersamaan yang mendefinisikan bulan suci ini.

“Dalam konteks inilah Jemput Makan menjadi satu jemputan mesra yang telah lama sinonim dengan perayaan Ramadan di Sunway Resort Hotel. Pengalaman tetamu nanti akan membangkitkan nostalgia dan keselesaan, mengimbau kenangan masa yang lebih sederhana serta hidangan buatan rumah yang dikongsi ketika senja.

“Di sini, saat berbuka puasa menjadi detik pertemuan semula, di mana keluarga, sahabat dan komuniti berkumpul menikmati rasa yang bukan sahaja familiar tetapi penuh makna,” jelasnya.

Sepanjang bulan puasa ini, para tetamu menikmati hidangan berbuka puasa dengan antara tarikan utamanya adalah nasi kerabu beraroma, ayam percik, daging harimau menangis, nasi kandar Pulau Pinang serta hidangan klasik seperti ketupat, lemang, passembur, cendol, satay padang dan sup berisi pelbagai daging.

Salah satu ciri istimewa pengalaman ini ialah stesen langsung di luar, termasuk Kampung Nelayan, stesen Ikan Bakar yang diinspirasikan daripada kampung nelayan di pesisir pantai. Di sini, makanan laut segar dipamerkan di dalam sampan tradisional, membolehkan tetamu memilih hasil tangkapan mereka untuk dibakar secara langsung. Tarikan lain termasuk Sichuan Roasted Whole Lamb yang dihidangkan bersama nasi ghee beraroma.

Pengalaman menjamu selera ini diperkaya lagi dengan persembahan kumpulan muzik secara langsung sepanjang malam, mewujudkan suasana hangat dan mesra yang menggalakkan perbualan serta detik bersama yang berpanjangan selepas matahari terbenam.

Tawaran bufet berbuka puasa di hotel ini adalah RM228 seorang dewasa dan kanak-kanak serta warga emas adalah sebanyak RM114 seorang. Selain itu, tawaran hari raya brunch pula adalah RM208 seorang manakala seorang kanak-kanak atau warga emas adalah RM104. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI