PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, antara kawasan terjejas adalah Perlis serta Kedah melibatkan Langkawi dan Kubang Pasu.
“Di Pahang, kawasan terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron manakala di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Gombak dan Petaling.
“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau serta Johor meliputi Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Bagi Sarawak, kawasan terjejas adalah Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Matu) dan Kapit (Song).
“Sementara itu di Sabah, ia melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Semporna) serta Sandakan (Tongod),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














