fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM di laman Facebook.

QR tak berfungsi juga dugaan berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Orang ramai yang beratur di bazar Ramadan petang ini berdepan detik mencemaskan apabila sistem pembayaran menggunakan kod QR dilaporkan tidak berfungsi di beberapa lokasi.

Facebook Public Health Malaysia (PHM) berkata, ia menyukarkan urusan pembelian juadah berbuka puasa ketika pengguna sedang beratur membeli makanan.

Katanya, ada pelanggan yang sudah menunggu lama untuk membeli murtabak dan ayam golek, namun terkejut apabila aplikasi perbankan memaparkan notis ‘system unavailable.

“Allahuakhbar, dugaan betul petang ni! Buat anda yang tengah tersangkut kat Bazar Ramadan sebab sistem QR tengah ‘down’ merata tempat sekarang ni, tarik nafas panjang-panjang. Jangan panik, dan tolong jangan marah abang jual air balang tu. Dia pun tengah pening garu kepala tak tahu nak buat apa sebab pelanggan dah beratur panjang,” katanya.

PHM berkata, orang ramai disarankan supaya bertenang dan mencari alternatif lain termasuk menggunakan wang tunai, berkongsi duit bersama rakan atau berbincang dengan peniaga untuk membuat pembayaran selepas sistem kembali pulih.

Tambahnya, situasi tersebut wajar dianggap sebagai ujian kesabaran sepanjang Ramadan, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mengawal emosi ketika berdepan gangguan teknologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN