JAKARTA – Kementerian Luar Negeri Indonesia dalam satu hantaran di media sosial menyatakan bahawa Jakarta bersedia untuk memudah cara dialog bagi memulihkan keadaan keselamatan, dengan Presiden Prabowo Subianto bersedia menjadi orang tengah, susulan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran hari ini.
Dalam hantaran di laman X, Kementerian Luar Negeri Indonesia menyatakan: “Indonesia amat kesal dengan kegagalan rundingan antara AS dan Iran, yang telah membawa kepada peningkatan aktiviti ketenteraan di rantau Asia Barat.”
“Indonesia menyeru semua pihak agar menahan diri dan mengutamakan dialog serta diplomasi,” tambahnya
Kementerian sama menegaskan kepentingan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah setiap negara serta menyelesaikan perbezaan secara aman.
Dalam pada itu, Prabowo menyatakan kesediaan untuk memudah cara dialog demi mewujudkan keadaan keselamatan yang kondusif dan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju.
Presiden Indonesia itu sanggup berlepas ke Tehran untuk menjadi orang tengah.
“Peningkatan ketegangan di Asia Barat berpotensi mengganggu kestabilan serantau serta keamanan dan keselamatan dunia,” katanya. – AGENSI














