fbpx
Sebuah pasar raya sediakan sudut khas bagi memudahkan pelanggan mencari bahan untuk menyediakan resepi Khairul Aming.

Khairul Aming punya pasal, pasar raya buat sudut khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena pempengaruh dan usahawan digital, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila sebuah pasar raya mengambil inisiatif mewujudkan sudut khas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bahan-bahan untuk menyediakan resipi popular beliau.

Menerusi satu perkongsian pengguna Thread dikenali sebagai Sabrinamaznii, langkah kreatif itu dilakukan selepas dicadangkan sendiri oleh majikannya bagi membantu pelanggan.

“Boss bagi ‘assignment’, minta buat Khairul Aming Corner jadi pelanggan senang cari barang,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah bijak serta responsif terhadap trend semasa.

“Boss awak pandai sebab saya selalu pergi pasar raya besar tapi kena cari satu per satu, pernah juga terdetik kalau mereka buat begini kan senang,” kata Fawzanie.

“Sos plum jangan lupa, masih tak jumpa lagi,” pesan Nuraina.

“Bagus memudahkan, tapi rasanya walaupun poster guna AI tetapi ada pemiliknya. Harap ada minta izin pemiliknya dan promosi juga dia bagi menghargai usaha dia,” kata Sir Asyraf.

“Marketing yang bijak,” kata Fahan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 5,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN