fbpx
NORA Fatehi antara selebriti Bollywood beragama Islam yang tidak pernah melupakan keindahan ibadah puasa setiap kali tibanya Ramadan.

Aktres Street Dancer 3D tak culas puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGELAR aktres sensasi di Bollywood bukan alasan untuk Nora Fatehi tidak menjaga solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan.

Menurut Nora, sebagai umat Islam, dia sentiasa menitikberatkan ibadah biarpun berdepan pelbagai godaan sebagai selebriti.

“Saya mula berpuasa penuh di bulan Ramadan sejak berusia 14 tahun. Saya puasa setiap hari biarpun hari bekerja.

“Ramadan adalah waktu yang hebat untuk saya menjadi manusia lebih berdisiplin dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini adalah kewajipan saya,” katanya.

Tambah pelakon filem Street Dancer 3D itu lagi, walau sesibuk mana pun jadual kerja, dia akan pastikan sentiasa solat lima waktu.

“Apa yang indah apabila kita solat lima waktu adalah di tengah kesesakan dunia, kita punya kesempatan selama lima minit untuk berhenti dan mengucapkan syukur kepada Pencipta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN