JOHOR BAHRU – Bermula dengan modal hasil wang simpanan RM50,000, sepasang suami isteri kini mampu tersenyum apabila premis ais krim yogurt dan wafel milik mereka di Taman Adda di sini mula menjadi tumpuan orang ramai. C’ Nemon yang beroperasi sejak Julai tahun lalu menawarkan konsep santai dengan menu ‘trending’ yang jarang ditemui. Pengusahanya, Muhammad Syabeel Jamaliyas, 23, berkata, keputusan meninggalkan perniagaan kasut dalam talian dibuat selepas melihat potensi besar dalam industri makanan selain mahu membina jenama sendiri bersama isterinya, Wan……














