fbpx
AHMAD ZAHID (tengah) pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk 2026 di Dewan Serbaguna Dato' Haji Abdullah Ahmad, Rumah Awam, Simpang Empat di Bagan Datuk hari ini.

Peruntukan hampir RM180,000 bantu pendidikan kaum Tamil di Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara konsisten telah empat tahun berturut-turut menghulurkan bantuan kewangan secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap pendidikan kaum India di daerah ini bermula peringkat tadika sehingga universiti.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Ahmad Zahid, Arvend Applasamy berkata, peruntukan pada tahun ini berjumlah hampir RM180,000 itu memberi manfaat kepada hampir 1,000 komuniti India di Bagan Datuk.

“Datuk Seri Ahmad Zahid telah mengarahkan saya untuk kita mulakan (bantuan) daripada pendidikan awal sendiri iaitu pelajar tadika Tamil. Di Bagan Datuk ini, ada sembilan tadika Tamil jadi untuk mengurangkan beban para ibu bapa di peringkat pendidikan sekolah awal dahulu.
“Seramai 200 pelajar pendidikan awal mendapat bantuan tunai sebanyak RM100 seorang,” katanya kepada pemberita di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Rumah Awam, Simpang Empat di Bagan Datuk hari ini.

Katanya lagi, bantuan pendidikan itu turut merangkumi sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bantuan komputer riba kepada mahasiswa kaum India yang melanjutkan pengajian di universiti.

“PIBG sekolah merupakan tulang belakang kepada sekolah Tamil di kawasan Bagan Datuk dengan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi setiap satu daripada 14 PIBG SJKT.

“Bukan sahaja terhenti di sana, beliau mengarahkan saya membantu mahasiswa. Kita telah memberikan 10 laptop (komputer riba) kepada mereka yang belajar di peringkat institut pengajian tinggi (IPTA) di Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI