fbpx
Hentian Sebelah Bukit Gantang arah selatan di Kilometer 225 akan ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja menaik taraf bermula pada 1 Mac ini.

Hentian sebelah Bukit Gantang arah selatan ditutup mulai 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hentian Sebelah Bukit Gantang arah selatan di Kilometer 225 akan ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja menaik taraf bermula pada 1 Mac ini.

Plus Malaysia Berhad dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa selama 20 bulan dan dijangka siap pada suku pertama 2028.

“Sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dijalankan, semua gerai makanan, minuman, buah-buahan dan kemudahan awam sedia ada di hentian sebelah ini akan ditutup,” katanya.

Bagaimanapun, Plus memaklumkan, stesen minyak sedia ada iaitu Caltex dan Petron masih dibuka dan beroperasi seperti biasa kepada semua pengguna lebuh raya.

“Selain itu pengguna lebuh raya boleh menggunakan kemudahan surau dan tandas di mana-mana plaza tol terdekat,” katanya.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengguna yang menuju ke selatan boleh menggunakan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol (selantan), Hentian Sebelah Taiping (selatan), R&R Sungai Perak (selatan) atau mana-mana berdekatan bagi tujuan rehat atau keperluan lain.

Plus menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti dan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS Pembantu Maya-PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk sebarang bantuan,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN