fbpx
Gambar undian yang dikongsikan pengguna @Mustaphashobri di media sosial memaparkan pelekat golongan Gen Z paling banyak.

Gen Z ramai pergi masjid bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan Gen Z mencatatkan kehadiran paling ramai ke masjid, sekali gus menjadi perhatian orang ramai.

Rekod berkenaan diperoleh menerusi bancian kehadiran pada papan tanda khas mengikut katagori umur dengan menggunakan pelekat yang disediakan oleh Masjid TNB Bangsar, Kuala Lumpur di pintu masuk utama.

Berdasarkan undian, statistik merekodkan golongan Gen Z yang berumur 13 hingga 28 tahun mencatatkan jumlah pelekat paling banyak.

Ia diikuti oleh Gen Y (29 hingga 44 tahun) di tempat kedua, ketiga, Gen Alpha (0 hingga 12 tahun) dan keempat, Gen X (45 hingga 60 tahun).

Hantaran yang dikongsikan oleh pengguna @Mustaphashobri itu mengundang reaksi orang ramai pada ruangan komen.

“Masjid TNB ni seronok berbuka sana. Ramai betul orang. Memang kebanyakan Gen Z ja,” kata @Lianajani_.

“Tahniah kepada AJK, ada fikiran kreatif begini untuk menarik kita ke masjid,” puji @Rabbitbrandmy.

“Gen Z mendominasi,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN