fbpx
SEORANG lelaki berkerusi roda mengemis di kawasan tumpuan ramai di Bandar Pontkan ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada pihak JKM Daerah Pontian. Foto IHSAN JKM

Dah dapat bantuan bulanan pun masih degil turun mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian mendedahkan dua individu yang dikesan mengemis di lokasi tumpuan ramai di bandar ini merupakan penerima bantuan bulanan agensi berkenaan.

Jurucakap Pejabat JKM Daerah Pontian berkata, individu terbabit ialah seorang wanita yang memakai kostum Doraemon dan seorang lelaki berkerusi roda.

Menurutnya, wanita yang memakai kostum tersebut merupakan penerima bantuan bulanan JKM, manakala lelaki berkerusi roda itu menerima Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) serta Bantuan Tidak Berupaya Bekerja.

“Ketika operasi pemantauan dan pengesanan aktiviti pengemisan di bazar Ramadan di Stadium Mini Pontian dan tapak Bazar Ramadan Maslee, kedua-dua individu berkenaan telah diberikan nasihat supaya beredar dari lokasi.

“Wanita berkostum itu dijemput pulang oleh suaminya, manakala lelaki berkerusi roda diambil oleh rakannya, tiada tindakan undang-undang diambil, mereka hanya diberikan nasihat agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

JKM menambah, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan penerima bantuan terpelihara dan tidak disalahgunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN