KETIKA ini, wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang, malah ramai kaum Hawa dilantik menjawat sesuatu jawatan yang penting. Ini menjadi manifestasi bahawa wanita juga mempunyai kemampuan untuk memikul tanggungjawab besar. Nenney Shuhaidah Shamsuddin antara wanita yang diamanahkan untuk memimpin institusi keadilan syariah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepadanya dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Selangor pada Oktober lalu. Ia sekali gus menjadikan……














