fbpx
SEORANG lelaki berkerusi roda mengemis di kawasan tumpuan ramai di Bandar Pontkan ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada pihak JKM Daerah Pontian. Foto IHSAN JKM

Bantuan bulanan dapat tapi masih mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan dua individu yang dikesan mengemis di lokasi tumpuan di bandar ini merupakan penerima bantuan bulanan agensi berkenaan.

Jurucakap Pejabat JKM Daerah Pontian berkata, individu tersebut merupakan seorang wanita yang memakai kostum Doraemon dan lelaki berkerusi roda.

Menurutnya, wanita yang memakai kostum itu merupakan penerima bantuan bulanan JKM, manakala pengemis lelaki pula menerima Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) serta Bantuan Tidak Berupaya Bekerja.

“Ketika operasi pemantauan dan pengesanan di bazar Ramadan Stadium Mini Pontian dan tapak Bazar Ramadan Maslee, kedua-dua individu terbabit diberikan nasihat supaya beredar.

“Wanita tersebut dijemput pulang oleh suaminya, manakala lelaki berkerusi roda pula diambil rakannya. Tiada tindakan undang-undang diambil, sebaliknya mereka diberikan nasihat agar tidak mengulangi perbuatan sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN