fbpx
Abu Hassan (kanan) dan isteri antara penerima yang diraikan Yayasan Al Nasmir di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Anak jadi ‘mata’ pilih baju raya untuk ibu bapa OKU penglihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) penglihatan teruja apabila anak tunggal mereka menjadi ‘mata’ dalam membantu memilih baju raya sedondon buat mereka, insan istimewa untuk digayakan pada pagi Syawal nanti.

Abu Hasan Mahmud, 46, berkata, dia dan isteri, Nur Emida Robi, 38, gembira kerana anak tunggal mereka, Muhammad Arif Haikal, 13, memilih sepersalinan warna biru buat mereka bertiga tahun ini.

“Setiap tahun memang kami sekeluarga mendapat bantuan ini dan memang mudah sebab tak perlu dah nak fikir tentang baju raya. Bajet yang ada, boleh digunakan untuk melakukan persiapan lain seperti beli kuih raya, ketupat dan sebagainya.
“Tahun ini kami sekeluarga akan pulang beraya ke kampung isteri di Ketereh, Kelantan, maka persiapan yang dilakukan ala kadar sahaja,” katanya yang berniaga barangan plastik di pasar malam.

Pasangan terbabit ditemui pada program anjuran Nasmir Holding Sdn. Bhd. melalui Yayasan Al Nasmir di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Nasmir Holding Sdn Bhd, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, program yang berlangsung setiap tahun itu sebahagian daripada bantuan yang diharapkan dapat menggembirakan golongan kurang berkemampuan.

“Kita beri peluang mereka pilih sendiri baju raya dan duit raya, malah dan turut belikan baju raya buat ibu bapa yang menemani anak mereka termasuk guru pengiring. Secara keseluruhannya, kita menyasarkan bantuan khusus buat 2,800 individu yang memerlukan selain mengadakan majlis berbuka puasa di 72 masjid terpilih sempena Ramadan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN