fbpx
Tangkap layar berita palsu yang tular di media sosial baru-baru ini

Tular bantuan RM1,500 kepada suri rumah sebenarnya berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dakwaan yang tular di media sosial kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada suri rumah, ibu tunggal dan warga emas bermula 22 hingga 28 Februari ini disahkan sebagai tidak benar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, maklumat yang tersebar itu adalah palsu dan tidak pernah diumumkan oleh pihak kerajaan.

“Tular di media sosial dakwaan bahawa Perdana Menteri meluluskan bantuan RM1,500 kepada suri rumah, ibu tunggal dan warga emas bermula 22 hingga 28 Februari 2026.

“Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak benar,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI