fbpx
PASUKAN bomba melakukan penyiasatan di lokasi kejadian di Kampung Pamah Kulat di Raub, hari ini.

Dua kali dengar jeritan, kali kedua lagi panjang – Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Suasana hening waktu sahur bertukar tragedi apabila sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini musnah dalam kebakaran awal pagi, sekali gus meragut lima nyawa iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan mereka.

Mereka yang maut dikenali sebagai sebagai Mohd Allawi Mohammad, 57, Zaleha Ibrahim, 45, Ruby Adira Batrisya, 18, Ruby Adlina Banin, 14 dan Ruby Azyan Barizah, 9.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu disedari jiran terdekat selepas terdengar jeritan kuat sebelum melihat api marak dengan pantas.

Menurut jiran mangsa, Ruslah Ismail, 64, pada awalnya dia menyangka jeritan tersebut berpunca daripada pergaduhan.

“Biasa makcik bangun pukul 4 pagi tetapi tidak tahu kenapa hari ini sedar awal pukul 3.30 pagi. Masa di dapur makcik dengar orang menjerit lepas tu senyap. Tak lama lepas itu dengar lagi jeritan panjang kemudian senyap.

“Makcik ingatkan orang bergaduh. Tak lama lepas itu dengar bunyi benda jatuh. Makcik buka tingkap dan tengok api tinggi dan marak membakar rumah jiran yang mesra disapa Cik Awi

“Makcik panggil anak lelaki yang tengah tidur untuk pergi tengok rumah Cik Awi tetapi bila dia pergi dah tak boleh nak buat apa sebab api besar sangat. Lepas itu anak terus telefon bomba untuk dapatkan bantuan,”katanya di sini hari ini.

Ruslah berkata, dia turut bertindak mengejutkan jiran-jiran lain bagi mendapatkan bantuan, namun keadaan ketika itu terlalu berbahaya.

“Saya pergi rumah sebelah kejutkan biras. Saya kata bangun rumah Cik Awi terbakar, semua keluar tengok tetapi memang tak boleh buat apa dah,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN