JOHOR BAHRU – Peluang mengimamkan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan ini di bumi Matahari Terbit menjadi pengalaman paling bermakna buat dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Muhammad Danish Arman Shah, 23, dan Iman Solehin Zuliadi, 23, tidak menyangka pemilihan mereka sebagai imam di Pusat Dakwah Jepun (JDC) di Sumiyoshi, Osaka membuka lembaran baharu dalam perjalanan dakwah mereka. Muhammad Danish yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia (Kepujian) berkata, peluang itu hadir selepas beliau aktif dalam Kelab……














