fbpx
Tangkap layar video seorang wanita sedang minum ketika 'live' TikTok Ahad lalu.

Wanita berpantang ‘live’ minum, makan bulan Ramadan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita yang membuat siaran langsung atau ‘live’ di TikTok sambil makan dan minum pada waktu siang di bulan Ramadan ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains), semalam.

Pengarah Jheains, Datuk Mohd. Asri Abdullah berkata, pihaknya telah mengambil tindakan menahan pemilik akaun TikTok tersebut mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Menurutnya, penangkapan terhadap wanita berusia 27 tahun itu dibuat di Kuala Pilah berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam.

“Jheains mengambil maklum dan memberi perhatian serius berkaitan satu hantaran di laman sosial tiktok yang tular pada 23 Februari lalu berkaitan video seorang wanita Muslim yang didakwa telah menghina atau mencela agama Islam.

“Hasil siasatan mendapati pemilik TikTok berkenaan telah membuat siaran langsung pada 22 Februari kira-kira pukul 6.45 petang dengan makan dan minum,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita dengan loghat Negeri Sembilan telah makan dan minum ketika ‘live’ dengan alasan dia sedang berpantang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN