fbpx
Tangkap layar rakaman siaran langsung ketika Cef Wan mencuit Iddin untuk menyegerakan bacaan doa.

‘Satu Malaysia tunggu azan berbuka masa tu’ – Cef Wan perjelas isu cuit doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cef selebriti terkenal, Cef Wan tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung insiden tular ketika siaran langsung sebuah program yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika seorang pempengaruh media sosial, Iddin Ramli diminta membaca doa sebelum azan maghrib berkumandang bagi menandakan waktu berbuka puasa.

Menurut Cef Wan, sebelum itu, pihak hos ada bertanya sama ada doa itu panjang atau pendek kerana waktu azan hampir masuk.

Bagaimanapun, jelasnya, Iddin memaklumkan dirinya tidak menyedari kekangan masa kerana itu adalah pengalaman pertamanya menyertai program siaran langsung.

“Ustaz pun baca lah doa berjela panjangnya. Dah lah tu dia tutup matanya. Depan kita semua ‘floor manager’ (penyelaras majlis) dan kru produksi dah bagi isyarat minta ‘wrap up’ (selesai) berkali-kali. Ustaz tak nampak.

“Selalu bila kita buat siaran langsung kena prihatin masa, tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan masa orang nak buka puasa. Ya Allah satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu. Azan tak boleh lewat, rancangan juga tak boleh terlebih masa,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Menurut Cef Wan, beliau pada awalnya berasa serba salah untuk menegur kerana bimbang tindakannya disalah tafsir oleh penonton.

“Saya terfikir juga nak tegur atau tidak, takut nanti saya pula yang ditukarkan dan dipersalahkan. Kita tahu mulut netizen macam mana.

“Akhirnya saya cuit jugak kerana ‘floor manager’ dan pengarah di dalam semua tak sabar lagi! Saya cuit lengan ustaz tu maka buka lah biji mata dia,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau hanya menjalankan arahan yang diberikan dan tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa.

Cef Wan turut menyifatkan insiden tersebut sebagai pengalaman mencabar namun tetap menyeronokkan buat semua yang terlibat.

“Mereka tak boleh salahkan saya kerana saya cuma ikut arahan ‘floor manager’. Ini siaran langsung, masa tidak menunggu kita.

“Pengacara pula tersipu-sipu sebab masa tu saya panik dan tengok depan dan tengok mata ustaz tak buka-buka. Haru jadinya. Tapi kami seronok semalam. Mana netizen yang tak tahu, mengutuk sayalah ni,” katanya.

Semalam, Iddin mempertahankan diri selepas dikritik susulan bacaan doa dalam satu program siaran langsung yang didakwa berlebihan dan tidak mengikut adab.

Beliau berkata, ada pihak menuduh beliau sengaja ‘show off’ serta menunjuk-nunjuk ketika berdoa, malah mendakwa tindakannya itu tidak sesuai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN