fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan terlibat adalah Kedah (Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Limbang (Lawas).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN