fbpx
Radzi.

Radzi Jidin Ketua Bersatu Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, Radzi mempunyai pengalaman serta ciri kepimpinan yang diyakini mampu membina kekuatan dalam kalangan pemimpin baharu yang komited terhadap idealisme perjuangan parti.

“Tugas utama beliau ialah untuk menyusun semula struktur kepimpinan Bahagian-Bahagian Bersatu di Negeri Melaka di kalangan pemimpin tempatan termasuk anak muda dan golongan profesional dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Azmin, pasukan kepimpinan baharu itu diyakini mampu meneruskan perjuangan rakyat selain menjana kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Radzi yang merupakan Naib Presiden Bersatu sebelum ini dilantik untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden bersama-sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti itu pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN