fbpx
Keadaan mayat wanita yang ditemui terapung di Sungai Kedah, Alor Setar pada pagi tadi.

Juru X-ray wanita ditemui terapung di Sungai Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang juru X-ray sebuah klinik kesihatan ditemui terapung di Sungai Kedah, di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita di dalam sungai tersebut kira-kira pukul 8.27 pagi tadi.

“Hasil siasatan di tempat kejadian dan tubuh si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, bapa si mati memaklumkan kali terakhir bersama anaknya itu adalah kira-kira pukul 7.31 malam tadi iaitu ketika mereka berbuka puasa bersama.

“Si mati merupakan seorang ibu tunggal iaitu bercerai sejak 2023 dan mempunyai tiga anak lelaki yang kini dijaga oleh bekas suami di Kulim.

“Wanita itu bekerja sebagai juru X-ray di sebuah klinik kesihatan. Menurut waris, si mati mempunyai sejarah penyakit mental dan masih menerima rawatan di hospital sehingga kini, ” ujarnya.

Tambahnya, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada petang ini atau selewat-lewatnya pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN