fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM900 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Ibu tunggal rayu hukuman ringan, mencuri demi sara 4 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM900 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas kesalahan mencuri pelbagai jenis produk kecantikan kulit, awal bulan ini.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Joyleen Low Mei Ling, 31, yang mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri pelbagai barangan produk kecantikan kulit di sebuah premis di Batu Berendam, iaitu Ws Cream Body Scrub Oat & Cocoa 200g, Ws Cream Body Scrub Almond & Shea 200g, Skintific 3x Acne Spot 11g.

Ia termasuk Skintific 5x Ceramide Low Ph Cleanser 50ml, Skintific Cover BB Cushion Porcelain 11g, Ws Pores Clear Clay Mask 100g, Ws whitening Clay Mask 100g, G2G skin Tint 30g, G2G Cherry Blossom Micellar water 300ml, G2G Glow Cushion 11g, Vircast GJ Massage Oil 200ml, vircast RJ Massage Oil 200ml, Skintific Niacinamide Bright Moist 80g dan skintific 10% Niacinamide Serum 50ml.

Kesemua barangan tersebut adalah milik seorang wanita dan disimpan di dalam bangunan berkenaan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis dekat Batu Berendam kira-kira pukul 5.30 petang pada 4 Februari 2026.

Terdahulu, Peguam Goh Chin Han yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman denda minimum atau penjara paling singkat dikenakan dengan alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal kepada empat anak berusia antara lapan dan empat tahun.

Menurutnya, tertuduh telah bercerai pada tahun lalu dan bekas suami tidak membantu dari segi kewangan, malah usaha tertuduh mendapatkan kerja juga gagal sehingga terpaksa bertindak demikian bagi mendapatkan modal memulakan perkhidmatan mencuci muka untuk menyara anak-anak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal diberikan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belahpihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari bermula hari ini dan denda sebanyak RM900 atau penjara 21 hari jika gagal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN