fbpx
Iddin dikritik susulan bacaan doa yang didakwa berlebihan dan tidak mengikut adab.

Saya berdoa pun awak kutuk …..

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Iddin Ramli tampil mempertahankan diri selepas dikritik susulan bacaan doa dalam satu program siaran langsung yang didakwa berlebihan dan tidak mengikut adab.

Beliau berkata, ada pihak menuduh beliau sengaja ‘show off’ serta menunjuk-nunjuk ketika berdoa, malah mendakwa tindakannya itu tidak sesuai.

“Saya berdoa pun awak kutuk, seolah-olah saya bawa fitnah besar pada agama. Ramai cakap saya nak menunjuk-nunjuk dan tak belajar adab,” katanya menerusi akaun TikTok.

Jelasnya, beliau hanya menyedari terdapat slot doa pada saat akhir ketika dalam perjalanan ke studio.

“Saya baru perasan saya ada slot untuk berdoa. Saya tak sempat buat persediaan sangat,” ujarnya.

Mengulas dakwaan kononnya doa tersebut terlalu panjang, Iddin menegaskan tempohnya sekitar dua minit sahaja.

“Kalau masa diperuntukkan satu minit dan saya berdoa dua minit, mungkin nampak panjang. Saya sendiri tak pasti tempoh sebenar sebab tak tengok episod sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, beliau ada bertanya sama ada boleh membacakan doa sederhana sekitar dua minit dan menyangka ia tidak menjadi isu besar.

Bagaimanapun, ketika berdoa beliau menutup mata dan tidak menyedari pengurus sudah memberi isyarat untuk ‘roll’.

“Tapi tak perlulah cakap macam saya musuh agama atau membawa kehancuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI