KUALA LUMPUR – Di sebalik polemik harga naik dan makanan tidak sedap, terdapat juga peniaga bazar Ramadan yang masih mengekalkan harga jualan dan kualiti makanan demi mencari keberkatan dan mengelakkan lokasi perniagaan diboikot. Rata-rata pembeli yang ditemui juga berpuas hati dengan kualiti dan pengekalan harga seperti tahun sebelumnya. Peniaga nasi kukus ayam dara bazar Ramadan Kampung Baru di sini, Nur Syafa Mohamad Razali, 24, berkata, dia mengekalkan harga RM10 kerana bahan mentah tidak meningkat secara mendadak. Katanya, dia akan menurunkan…














