fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah menerima sampul berisi wang tunai di sebuah masjid baru-baru ini. - TikTok 

Jemaah tarawih terima sampul berisi wang RM12 ganti moreh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Gresik, wilayah Jawa Timur memaparkan jemaah menerima hadiah berupa wang tunai kerana menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Pojok Satu. 

Pemberian itu berlaku di Masjid Thohiron Mubarokah baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @adentaitak menunjukkan seorang wanita memberikan sampul berwarna putih kepada jemaah di saf wanita. 

Sampul tersebut berisi wang kertas mencecah 50,000 rupiah (RM12). 

Rakaman itu mencatatkan 495,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Alasan kenapa saya ingin menjadi kaya kerana boleh banyak bersedekah,” kata seorang netizen. 

“Kawasan saya kadang-kadang bagi mi segera atau teh,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI