KOTA BHARU – Tular di media sosial memaparkan video seorang lelaki memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di depan sebuah gerai yang dipercayai di Pengkalan Chepa di sini.
Video berdurasi kurang daripada 30 saat itu tular di media sosial terutamanya Facebook menunjukkan lelaki tersebut berjoget-joget dengan memakai kostum ikan duyung berwarna pelangi.
Tindakan lelaki itu mendapat kecaman dan teguran orang kerana ia bertentangan dengan budaya masyarakat apabila memakai pakaian seperti wanita lebih-lebih pada bulan Ramadan.
Video tersebut dipercayai dimuat naik sebagai satu cara untuk mempromosikan perniagaan air balang. – KOSMO! ONLINE














