fbpx
Amyza merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser.

Perlukan bantuan, Amyza cari pengamal pengubatan alternatif jarak jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berhadapan detik cemas, pelakon Amyza Aznan merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Menerusi hantaran InstaStory, Amyza, 51, mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif bagi membantu meyelamatkan nyawa putera tercinta.

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail sekarang berada di hospital.

“Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.

“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!” katanya dalam InstaStory.

Lebih memilukan, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mendedahkan bahawa pihak hospital meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN